Wednesday, October 9, 2013

Kesian Dia. Keno Cukur

Sebelum Dicukur
Siap Nak Tumbuk Ore Hok Cukur Dio


SIAPA NI? KALU SAPO-SAPO KENAL

Kalu Nak Tahu Tanyalah Ayah. Jangan Tanyalah Ustaz

Thursday, November 8, 2012

Beraya Di PULAPOL Ayer Hitam

Hari Raya Aidil Adha lalu 26 Oktober 2012, Abe sekeluarga pergi beraya di tempat Hafiz. Ini kerana Hafiz tercedera di kaki kerana terjerlus longkang dua minggu sebelum raya. Kakinya kena simen dan Hafiz terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Semasa kami pergi.... dia terpaksa berjalan bertongkat sejauh 400 meter dari bereknya seorang diri tanpa ada pembantu.(Kesian dia!) Lemang yang dibawa dari Kelantan juga basi......tapi rendang kering masih boleh dimakan.
Menunggu sampai 1jam Setengah

Bertongkat laaa.......

Nak gi ke tempat makan-makan


Dah nak balik daaa....bye-bye

Monday, October 1, 2012

NUR KHALISYA IRHANA

Anak Kedua SUZILAWATI. Kini berada di Gunung.

Kalau dekat kena........ KARATE

Sedang MIMPI...... INDAH


Sunday, March 25, 2012

Selamat Menyambut Hari Polis Ke 205

Selamat Menyambut Hari Polis ke 205 kepada Ha dan Hafiz. Sempena Hari Polis ini juga Abe Wi telah diberi Surat Penghargaan oleh IPD Machang bersama-sama rakan SRS yang lain  dari Pulai Chondong.Terima kasih kepada PDRM."Harimau Biru"


Thursday, March 22, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Majlis Perkahwinan Shafini dengan Firdaus

Pada 10 Mac 2012 kami menghadiri majlis perkahwinan Anak Ma Mek Adik di Bukit Marak.
Bergambar dengan pengantin baharu Shafini dan Firdaus

Tuesday, December 27, 2011

Berjumpa Mak Sepupu Ayah

Pada 22 Disember 2012,Abe Wi bersama ayahanda pergi ke Kemahang 1 untuk berjumpa dengan Mak Sepupu Ayah bernama Makcik Rokiah. Namun beliau tiada di rumah. Hanya yang ada anak sulungnya Helmi (mengajar di SMK Pelangi, Johor Baru) bersama isterinya dan anak-anak serta anak perempuan Makcik Kiah yang baru habis belajar di UNIMAS (tak ingat namanya). Makcik Kiah katanya pergi ke Pondok Terosan (Pasir Tumbuh).Kami lalu berjanji untuk berjumpa di rumah ayahanda saja. Balik ke rumah, Makcik Kiah sudahpun ada. Dia datang bersama suaminya Pak Nik Soh dan anak perempuannya yang mengajar di SMK Cha'ah, Johor. Makcik Kiah ni adalah waris kita belah Tok Samad


Selepas Solat Asyar kami pergi ke rumah Pok Soh Tok Wada di Bator yang dikatakan kena strok. Pok Soh ni juga antara waris kita yang berada di Bator.


Tuesday, October 25, 2011

Istiadat Konvo Fatin

Pada 23 Okt 2011, kami pergi keUiTM Arau, Perlis bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM.



Sunday, September 25, 2011

Beraya Kat Penang

Keluarga Mahmud

Keluarga Mamat

Abg Talib bersama Kak Saadiah dan anaknya Nadia

Bergambar Ramai-ramai dengan Tok Lang (Tengah)

Saturday, September 10, 2011

Raya Aidil Fitri 2011

Raya Pertama Dan Kedua Slideshow: AIDIL’s trip to Kelantan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kelantan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Saturday, August 27, 2011

Friday, March 11, 2011

Jejak Kasih


Pada 9 Mac 2011, balik dari hantar darah di HUSM, Abe bawak Mek berjumpa dengan Mek adik. Alhamdulillah Mek adik yang sakit itu masih ingat apabila di tanya dia kenal ko..dok Mek. Dia kato "Adik Beradik". Disebabkan Abe nok gi sekolah pulak, tidak lama kita berado di rumah Mek Adik. Semasa nak balik.......masing-masing menitiskan air mata dan Mek Adik minta Kak Adik tolak dengan kerusi rodanya kepintu. Dia melambai-lambaikan tangan sehingga kami keluar dari perkarangan rumahnya. Kunjungan itu amat bermakna bagi Mek dan Mek Adik melepaskan rindu kerana mereka sama-sama sakit. Semoga Mek dan Mek Adik cepat-cepat sembuh.

Saturday, February 19, 2011

Majlis Solat Hajat Adik Liza Lenggang Perut


Sempena genap 7 bulan Adik mengandung anak sulung, satu majlis Solat Hajat di adakan di rumah mertuanya di Kg. Kelong Tumpat pada 04 Februari 2011. Kita doakan agar semuanya selamat.

Wednesday, January 26, 2011

Mek Setuju Operate Lutut

Pada 24 Januari 2011, setelah bercakap dengan orang-orang yang telah buat lututnya dan atas nasihat Dr. Amran (Pakar Lutut - Jabatan Ortopedik HUSM), Mek telah bersetuju untuk membuat operasyen lututnya pada 13 April 2011. Belanja untuk memasukkan besi bagi membetulkan lututnya 7ribu sebatang besi. Nampaknya kena ra duit la adik beradik untuk buat lutut Mek tu. Tak po lah asal dio sihat. Adinda Noriha diberikan tugas menjadi Bendahari - jong kutip-kutip duit. Tapi kalu Ha ado duit doh........tak payoh kutip-kutip! Hakahakahaka.....

Saturday, January 22, 2011

Amalan Menjauhi Gangguan Syaitan

Di dalam penghujung surah Allah SWT memberi ingat bahawa syaitan akan sering meniupkan bisikan-bisikannya, firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (al-Nas:2-7).

Di dalam ayat yang Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Aku berlindung kepada-Mu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 98).

Kedua-dua ayat ini memberitahu kita bahawa musuh yang bernama iblis dan sesuai dengan sifat kesyaitanannya menjauhkan manusia daripada mentaati Allah SWT.

Tidak kiralah apa cara sekalipun asalkan anak Adam berjaya diganggu sehingga berhenti daripada mentaati Allah SWT dan mentaatinya dengan melakukan maksiat.

Manakan tidak bila seseorang itu berhenti mentaati Allah SWT bermaksud mentaati iblis. Nah, bila sudah jauh daripada Allah maka yang dekat dengannya ialah iblis.

Maka inilah yang menjadi matlamat iblis. Iblis sanggup berusaha siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengenal erti putus asa dalam menggoda anak Adam.

Bisikan serta gangguan dalaman adalah kerana jiwa kita kosong, gersang daripada mengingati Allah SWT. Kekuatan dalaman kita menjadi dinding dan perisai bagi menghindari iblis durjana ini.

Dalam hadis Rasulullah SAW baginda bersabda yang bermaksud: Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah (ujian) syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: “Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (al-Bukhari dan Muslim).