Sunday, November 29, 2009

Friday, November 27, 2009

Asraf Nikoh Doh!



Pada 27 Nov 2009, pukul 10.00mlm, Asraf telah dinikohken dengan gadis pilihan hatinyo - anak 'Pak Lurah' Kg. Batu 30. Alhamdulillah sekali lafaz aje. Malam tu dio tok berapo nok baliiiiiik........jah (nok tido situ selalu....tapi tak diizinkan oleh ayahandanyo) ciyaaaan dio. Tok jenero nok tido dio malam tu. Sabar Abe Ar........Sabar.........

Hari Raya Qurban 2009



Pada Hari Raya Qurban 27 Nov 2009, kami telah ppakat buat Qurban ( Saya, Adinda Noriha, Abang Long ( Haji Raslee) dan Keluarga Cikgu Mat di rumah Kekanda Normadiah. Sembelihan dilakukan agak lewat iaitu pukul 11.30pagi kerana masalah teknikal. Walau bagaimanapun dengan kepakaran para profesional (kami la tuuuuuu.....), pembahagian daging dan tulang temulang dapat diselesai tepat pukul 12.50tgh dengan izin Allah - sempat Solat Jumaat walaupun agak 'ggaduh'(tergesa-gesa). Alhamdulillah. Allahhuakbar!!!!

Seri Indah Resort






Pada 24 Nov 2009, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu dan menginap di Seri Indah Resort. Tujuan kami ke sana adalah kerana Hafiz akan menghadiri temuduga di ILP Kuala Terengganu. Malam tu....Resort Seri Indah telah Black-Out dari 7.00mlm hingga 8.00malam. Kami pun pi ronda di Giant Mall dan Maidin Mall.

Thursday, November 12, 2009

AYAHANDA PERGI MEKAH




Pada 11 Nov 2009, saya dan keluarga bersama Kekanda Normadiah serta kaum keluarga dan sahabat handai telah menghantar Ayahanda bersama Adinda Salwati menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa pada pukul 8:00 malam.
Tujuan Ayahanda kali ini adalah untuk menunaikan Haji untuk Allahyarham Kekanda Nordin. Ayahanda akan berehat sehari di rumah Adinda Noriha di Pantai Halt dan akan melapor diri di Kelana Jaya pada 3:00 pagi 13 Nov 2009(Jumaat) dan penerbangannya adalah pada 7:30 pagi pada hari tersebut di KLIA. Bersama-sama Ayahanda ke Mekah nanti ialah Ayah Su dan Mak Su Ani - Bangi
Kami anak beranak dan kaum keluarga mengucapkan Selamat Pergi dan Selamat Kembali dan semoga Allah memudahkan semua urusan Haji di sana dan mendapat Haji Mabrur kepada semua.

Friday, October 9, 2009

Majlis Kesyukuran Haidar dan Zulkarnaeen

Majlis Kesyukuran sebelah perempuan di adakan pada 24 Sept. 2009 (5 Syawal 1430H) dan sebelah lelaki 25 Sept. 2009 ( 6 Syawal 1430H). Majlis Akah Nikah diadakan pada 2 Syawal 1430H iaitu pada Hari Raya Kedua. Masa pernikahan itu tidaklah dapat dihadiri Ayah Chik kerana beraya di Penang. Banyak gambar tidak dapat ditangkap. Sorri la Da n Zul. Tak dapat wat lebih glamour. I'm sorry!!!! Semoga bahagia dunia dan akhirat ucapan dari seluruh keluarga Pak Mat Gunung.

Saturday, September 12, 2009

Gambar Cicit Pertama


Pada Jumaat 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430 yang lepas, saya dan isteri sempat berkunjung ke rumah Kak Ma untuk melihat cicit pertama Keluarga Pak Mat dan Cucu Pertama Kak Ma. Amboi sibuk sungguh neneknya menguruskan cucunya( baru lepas memandikan cucunya) Dengar berita Kak Ma baru sampai dari KL pukul 12.00 pagi tadi kerana menghantar Ida melaporkan diri di HBKL- posting. Seronok la Nik Nureen Balqis tu.....heheheh. Ayah Cik doakan semuanya sihat. Dan kepada Ida......Selamat bertugas di HBKL. Ai......cuti-cuti nak kahwin ni dah dapat ke........?

Saturday, August 29, 2009

Cicit Pertama Oleh Cucu Pertama

Alhamdulillah Cucu Pertama keluarga Pak Mat telahpun melahirkan anak pertama pada 1 Ramadhan yang lalu yang merupakan cicit pertama dalam keluarga Pak Mat. Nama ahli baru itu ialah Nik Nureen Balqis yang telah dilicinkan kepalanya oleh Ayahanda Pak Mat sendiri. Tahniah kepada Nurul dan Mie

Friday, June 5, 2009

Cucu Ke 27 Selamat Dilahirkan

Pada 03 Jun 2009 telah tersebar berita kelahiran anak Adinda Hisham dan Yah yang merupakan Cucu ke 27 dalam keluarga Pak Mat Gunung. Katanya anak perempuan. Alhamdulillah. Tak sempat kami di Kelantan nak tengok keluarga baru kita tu di Selangor. Tak pe la... nanti bila-bila balik Kelantan boleh la kita gi jengok. Walaubagaimanapun tahniah dan semoga semuanya sihat selalu.Aaaaaamin

Majlis Pernikahan Adik Rosliza n Shahril

Sunday, April 19, 2009

Tunda Hari Nikoh Adik Salwati

Penyimpan Mohor Besar dengan ini mengisytiharkan anak bulan tidak kelihatan. Maka diisytiharkan tarikh pernikohan Adik Salwati telah ditunda pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian. Sekian harap maklum kepada anok beranok semua.

Wednesday, March 11, 2009

Monday, March 9, 2009

Saturday, January 24, 2009

Adik Rosliza Mengajar Sekolah Baru

Pada hari Khamis 15 Januari 2009, Adik Rosliza telah melapor diri di sekolah yang baru. Adik bertukar dari SMK Suai, Sarawak ke SMK Lahat, Ipoh, Perak. Alhamdulillah saya bersama Ayahanda telah pergi menghantar Adik ke tempat barunya dan kami bermalam di rumah Adinda Zamri yang mengajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Semoga Adik Liza bahagia di tempat barunya. Belajo-belajo le cakap Perok pule.Hehe