Thursday, November 12, 2009

AYAHANDA PERGI MEKAH




Pada 11 Nov 2009, saya dan keluarga bersama Kekanda Normadiah serta kaum keluarga dan sahabat handai telah menghantar Ayahanda bersama Adinda Salwati menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa pada pukul 8:00 malam.
Tujuan Ayahanda kali ini adalah untuk menunaikan Haji untuk Allahyarham Kekanda Nordin. Ayahanda akan berehat sehari di rumah Adinda Noriha di Pantai Halt dan akan melapor diri di Kelana Jaya pada 3:00 pagi 13 Nov 2009(Jumaat) dan penerbangannya adalah pada 7:30 pagi pada hari tersebut di KLIA. Bersama-sama Ayahanda ke Mekah nanti ialah Ayah Su dan Mak Su Ani - Bangi
Kami anak beranak dan kaum keluarga mengucapkan Selamat Pergi dan Selamat Kembali dan semoga Allah memudahkan semua urusan Haji di sana dan mendapat Haji Mabrur kepada semua.

No comments: