Sunday, November 29, 2009

Friday, November 27, 2009

Asraf Nikoh Doh!



Pada 27 Nov 2009, pukul 10.00mlm, Asraf telah dinikohken dengan gadis pilihan hatinyo - anak 'Pak Lurah' Kg. Batu 30. Alhamdulillah sekali lafaz aje. Malam tu dio tok berapo nok baliiiiiik........jah (nok tido situ selalu....tapi tak diizinkan oleh ayahandanyo) ciyaaaan dio. Tok jenero nok tido dio malam tu. Sabar Abe Ar........Sabar.........

Hari Raya Qurban 2009



Pada Hari Raya Qurban 27 Nov 2009, kami telah ppakat buat Qurban ( Saya, Adinda Noriha, Abang Long ( Haji Raslee) dan Keluarga Cikgu Mat di rumah Kekanda Normadiah. Sembelihan dilakukan agak lewat iaitu pukul 11.30pagi kerana masalah teknikal. Walau bagaimanapun dengan kepakaran para profesional (kami la tuuuuuu.....), pembahagian daging dan tulang temulang dapat diselesai tepat pukul 12.50tgh dengan izin Allah - sempat Solat Jumaat walaupun agak 'ggaduh'(tergesa-gesa). Alhamdulillah. Allahhuakbar!!!!

Seri Indah Resort






Pada 24 Nov 2009, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu dan menginap di Seri Indah Resort. Tujuan kami ke sana adalah kerana Hafiz akan menghadiri temuduga di ILP Kuala Terengganu. Malam tu....Resort Seri Indah telah Black-Out dari 7.00mlm hingga 8.00malam. Kami pun pi ronda di Giant Mall dan Maidin Mall.

Thursday, November 12, 2009

AYAHANDA PERGI MEKAH




Pada 11 Nov 2009, saya dan keluarga bersama Kekanda Normadiah serta kaum keluarga dan sahabat handai telah menghantar Ayahanda bersama Adinda Salwati menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa pada pukul 8:00 malam.
Tujuan Ayahanda kali ini adalah untuk menunaikan Haji untuk Allahyarham Kekanda Nordin. Ayahanda akan berehat sehari di rumah Adinda Noriha di Pantai Halt dan akan melapor diri di Kelana Jaya pada 3:00 pagi 13 Nov 2009(Jumaat) dan penerbangannya adalah pada 7:30 pagi pada hari tersebut di KLIA. Bersama-sama Ayahanda ke Mekah nanti ialah Ayah Su dan Mak Su Ani - Bangi
Kami anak beranak dan kaum keluarga mengucapkan Selamat Pergi dan Selamat Kembali dan semoga Allah memudahkan semua urusan Haji di sana dan mendapat Haji Mabrur kepada semua.