Friday, March 11, 2011

Jejak Kasih


Pada 9 Mac 2011, balik dari hantar darah di HUSM, Abe bawak Mek berjumpa dengan Mek adik. Alhamdulillah Mek adik yang sakit itu masih ingat apabila di tanya dia kenal ko..dok Mek. Dia kato "Adik Beradik". Disebabkan Abe nok gi sekolah pulak, tidak lama kita berado di rumah Mek Adik. Semasa nak balik.......masing-masing menitiskan air mata dan Mek Adik minta Kak Adik tolak dengan kerusi rodanya kepintu. Dia melambai-lambaikan tangan sehingga kami keluar dari perkarangan rumahnya. Kunjungan itu amat bermakna bagi Mek dan Mek Adik melepaskan rindu kerana mereka sama-sama sakit. Semoga Mek dan Mek Adik cepat-cepat sembuh.