Tuesday, December 27, 2011

Berjumpa Mak Sepupu Ayah

Pada 22 Disember 2012,Abe Wi bersama ayahanda pergi ke Kemahang 1 untuk berjumpa dengan Mak Sepupu Ayah bernama Makcik Rokiah. Namun beliau tiada di rumah. Hanya yang ada anak sulungnya Helmi (mengajar di SMK Pelangi, Johor Baru) bersama isterinya dan anak-anak serta anak perempuan Makcik Kiah yang baru habis belajar di UNIMAS (tak ingat namanya). Makcik Kiah katanya pergi ke Pondok Terosan (Pasir Tumbuh).Kami lalu berjanji untuk berjumpa di rumah ayahanda saja. Balik ke rumah, Makcik Kiah sudahpun ada. Dia datang bersama suaminya Pak Nik Soh dan anak perempuannya yang mengajar di SMK Cha'ah, Johor. Makcik Kiah ni adalah waris kita belah Tok Samad


Selepas Solat Asyar kami pergi ke rumah Pok Soh Tok Wada di Bator yang dikatakan kena strok. Pok Soh ni juga antara waris kita yang berada di Bator.


No comments: