Pada 20 Disember 2009, Adik Suzilawati telah selamat melahirkan anak sulungnya yang juga merupakan cucu ke 26 Ayahanda Haji Mohamed. Anak lelaki ini dinamakan Muhammad Nor Irsyad; dilahirkan pada pukul 6.25ptg. di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Sempena itu juga Majlis Bercukur Insya Allah akan diadakan pada hari Jumaat 26 Disemmber 2009.
Pada hari ini, 11 Disember 2008, satu Majlis Solat Hajat telah diadakan bagi merasmikan siapnya rumah Adik Salwati. Solat Hajat ini diadakan pada pukul 2.30 petang; setelah selesainya Majlis Pertunangan Adik Rosliza. Majlis itu di Imami Ayahanda Haji Mohamed. Syukur Alhamdulillah.
Hari ini 24 November 2008, satu rombongan dari Kelong, Tumpat telah datang ke rumah kami di Gunung untuk merisik Adik Rosliza. Majlis bermula pada pukul 12:15 tengah hari dan persetujuan dicapai untuk melangsungkan Majlis Pertunangan pada hari keempat Hari Raya Haji. Semoga niat yang baik ini diberkati dan dirahmati Allah swt. Amin
Sunday, October 26, 2008
Blog ini lebih menarik dengan Mozilla Firefox bersama Flash Player. Dapatkan di links di sebelah. Terima Kasih
Pada 15 Ogos 2008, cucu pertama Ayahanda bernama Nurul Syuhadaa binti Haji Ahmad iaitu anak sulung kepada Kekanda Hajjah Normadiah telah selamat diijabkabul dengan pasangannya Nik Ahmad Tamimi bin Haji Ideris. Majlis kesyukuran diadakan pada 17 Ogos 2008 di Kg. Tepus.